NADI – MAHIR: Jahit dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 15

28 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

27 & 31 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 15, mahir jahit dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Pada minggu ke-15, peserta Kelas Mahir meneruskan pembelajaran dengan aktiviti mendraf pola kurung moden. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara melakar dan membina pola asas kurung moden mengikut ukuran badan sebenar. Peserta belajar langkah demi langkah — daripada mengambil ukuran, melukis pola atas kertas, hingga memahami bentuk dan potongan yang sesuai dengan rekaan moden.

Sementara itu, dalam kelas Mahir Baiki Gajet, peserta mempelajari operating system & window software. Operating System (OS) ialah sistem yang mengawal semua operasi komputer dan membolehkan pengguna berinteraksi dengan mesin. Windows Software ialah salah satu jenis OS yang dicipta oleh Microsoft, mudah digunakan, dan membolehkan pengguna menjalankan pelbagai program seperti Word, Excel dan Internet Browser.

Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali