GEN AI – Maxis : Segala Yang Anda Patut Tahu Tentang AI & GenAI

1 November 2025 | Aktiviti Terkini

31 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas GEN AI – Maxis: Etika Dalam AI & Gen AI. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Tujuan pembelajaran topik Etika dalam AI dan GenAI adalah untuk membantu pelajar memahami maksud etika dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan dengan cara yang betul dan bertanggungjawab. Pelajar dididik supaya tahu membezakan antara tindakan yang betul dan salah ketika menggunakan alat seperti ChatGPT, penjana imej, atau aplikasi AI lain. Selain itu, mereka digalakkan untuk bersikap jujur, berhemah, dan berfikir secara kritikal agar teknologi digunakan untuk tujuan pembelajaran dan kebaikan, bukan untuk menipu, meniru, atau menyebarkan maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali