NADI – MAHIR: Jahit dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 18
15 November 2025 | Aktiviti Terkini10 & 14 November 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 15, mahir jahit dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Pada minggu ke-18, peserta Kelas Mahir meneruskan pembelajaran dengan aktiviti menjahit kurung moden dan skirt/kain duyung. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta tentang Langkah-langkah menjahit baju dan cara menjahit bahagian baju dengan jahitan tepi bahagian,jahitan zip bahagian belakang dan jahit dart/lisu bahagian belakang serta menghasilkan jahitan dart/lisu bagi memastikan potongan pakaian lebih kemas dan terletak. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran praktikal mereka, malah meningkatkan keyakinan untuk menghasilkan pakaian yang siap dengan kualiti yang baik.
Sementara itu, dalam Kelas Mahir Baiki Gajet, peserta didedahkan kepada komponen asas komputer seperti RAM, SSD, LCD dan CMOS. Mereka mempelajari fungsi setiap komponen, cara mengenal pasti masalah asas, serta langkah penjagaan yang betul. Pembelajaran ini membantu peserta memahami struktur dalaman komputer dengan lebih jelas dan meningkatkan kemahiran asas dalam baik pulih gajet.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: