GEN AI – Maxis : Prompt Engineering untuk Menjadi Karyawan Kreatif & Memperkasa Akademik Anda
25 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini24 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas GEN AI – Maxis : Prompt Engineering untuk Menjadi Karyawan Kreatif & Memperkasa Akademik Anda. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara menggunakan kecerdasan buatan melalui teknik Prompt Engineering bagi meningkatkan kreativiti dan prestasi akademik. Pelajar belajar membina arahan pintar untuk menghasilkan idea, tugasan, serta penulisan yang lebih berkualiti dan menarik. Melalui aktiviti interaktif dan latihan praktikal, pelajar digalakkan meneroka potensi AI dalam pembelajaran, penyelidikan, dan penciptaan karya kreatif yang mampu memperkasakan daya fikir serta kemahiran digital mereka di era teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: