NADI – TINY TECHIES: Inovasi Robotik Siri 3

7 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

6 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – TINY TECHIES: Inovasi Robotik Siri 3.

Bagi program Inovasi Robotik Siri 3 memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang asas pembinaan dan pengaturcaraan robot melalui aktiviti yang menyeronokkan serta mudah difahami. Peserta belajar memasang komponen robot, memberikan arahan asas dan menguji pergerakan robot mengikut tugasan yang diberikan. Program ini membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan bekerja secara berkumpulan. Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada teknologi dan inovasi yang semakin penting dalam dunia digital masa kini. Aktiviti ini berjaya memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM serta menggalakkan pembelajaran secara praktikal dan interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali