NADI – AI: PROGRAM AI WIRA MAXIS : MODUL 9 & 10
7 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini7 Ogos 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – AI: PROGRAM AI WIRA MAXIS: MODUL 9 & 10.
Module 9 (Design Thinker) – Peserta akan mempelajari cara mengenal pasti masalah sebenar daripada perspektif pengguna, memahami keperluan mereka, menjana idea kreatif serta membina penyelesaian yang praktikal melalui pendekatan Design Thinking. Modul ini membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan berpusatkan pengguna.
Module 10 (Creative Thinking) – Modul ini membantu peserta menggunakan pemikiran kreatif dalam menghasilkan idea dan penyelesaian baharu melalui teknologi AI. Peserta didedahkan kepada teknik menjana idea, mengenal pasti masalah, mencari penyelesaian inovatif serta menggunakan AI untuk mengembangkan idea menjadi kandungan atau projek yang lebih menarik. Aktiviti ini menggalakkan peserta berfikir secara kritis, kreatif dan terbuka dalam menghasilkan solusi yang praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: